Tanpa brek Basikal gegancu pengun

Penunggang menunggang basikal gegancu pengun tanpa brek

Ramai penunggang gegancu pengun bandar merasakan brek tidak begitu perlu, dan menunggang gegancu pengun tanpa brek mencapai tahap kultus disesetengah kawasan.[22]Brek dan kabel dikatakan menambahkan badan tambahan pada basikal gegancu pengun yang kelihatan ringkas. Ramai penunggang mendakwa bahawa pengalaman menunggang tanpa brek mencipta "penyatuan dengan jalan". Terutamanya dalam persekitaran bandar, ia memaksa penunggang menjadi lebih peka pada persekitaran kerana ketidak keupayaan menghentikan basikal dengan segera.

Penunggang lain mengenepikan menunggang di jalan tanpa brek sebagai rasa suka, berdasarkan imej bukannya pratikal.[23] Menunggang tanpa brek adalah merbahaya dan dilarang oleh undang-undang dikebanyakan perundangan, dan mungkin tidak layak membuat tuntutan sekiranya berlaku kemalangan.[24]

Teknik

Adalah mungkin bagi memperlahankan atau menghentikan gasikal gegancu pengun dengan menahan putaran pengayuh, dan penunggang juga boleh mengunci roda belakang dan meluncur bagi memperlahankan atau menghentikan basikal gegancu pengun. Gerakan sedemikian dimulakan dengan mengangkat roda belakang sedikit dengan mengalih berat penunggang kehadapan dan menarik naik pendayung dengan menggunakan pengayuh tanpa klip atau pengepit ibu jari dan pengikat. Penunggang kemudian berhenti mengayuh, dengan itu menghentikan roda belakang dan rantai, sementara mengenakan berat badan pada putaran menyongsang pada pengayuh. Ini menyebabkan roda belakang mengelunsur, dan memperlahankan basikal. Lunsuran boleh dikekalkan sehingga basikal berhenti atau sehingga penunggang ingin meneruskan kayuhan pada kelajuan lebih rendah. Teknik ini memerlukan sedikit latihan dan menggunakannya pada selekoh pada umumnya dianggap merbahaya.[25][26] Permukaan basah mengurangkan keberkesanan kaedah ini. Selain itu sekiranya rantai basikal terlondeh, penunggang akan gagal berhenti langsung.

Pada basikal dengan hanya brek roda belakang, nyah pecutan maksima adalah jauh lebih rendah berbanding basikal yang dilengkapi dengan brek hadapan.[27] Ketika kenderaan membrek, berat dipindahkan kearah roda hadapan dan menjauhi roda belakang, mengurangkan jumlah cengkaman yang dimiliki oleh roda belakang. Memindahkan berat penunggang kebelakang meningkatkan keberkesanan membrek, tetapi roda hadapan yang dipasang dengan brek biasa mungkin memberikan 70% atau lebih kuasa membrek apabile membrek dengan kuat (lihat pemindahan berat).

Syarat menurut undang-undang

Amerika Syarikat — Penggunaan sebarang basikal tanpa brek di jalan awam adalah menyalahi undang-undang dikebanyakan tempat, tetapi ayat sering menyerupai "...perlu dilengkapi dengan brek yang membolehkan seseorang mengendali basikal bagi menjadikan roda dibrek mengelonsor pada siarkaki bersih, rata dan kering..."[28] yang dinyatakan oleh sesetengah pihak membolehkan penggunaan kaki dan gear.[29] Penjualan retail untuk basikal tanpa brek adalah dilarang di Amerika Syarikatoleh Jawatan kuasa Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat[30] – tetapi dengan pengecualian bagi "basikal trek" (...satu basikal yang direka dan bertujuan bagi jualan mesin pertandingan yang memiliki tayar tubular, kadar kayuh-pada-roda tunggal, dan tiada ciri-ciri roda-bebas antara tayar belakang dan pengayuh...).[31]

UK — Peraturan Kegunaan dan Penggunaan Basikal Kayuh 1983 memerlukan basikal dikayuh "dengan ketinggian tempat duduk melebihi 635 mm dan memiliki dua sistem brek berasingan, dengan satu bertindak pada roda hadapan dan satu pada roda belakang". Ia biasanya dipercayai bahawa brek hadapan dan roda gegancu pengun di belakang memenuhi peraturan ini.[32]

Jerman — Semua basikal perlu memiliki brek yang berfungsi pada kedua-dua roda, termasuk pemantul dan loceng.[33] Di Bonn mahkamah tempatan menerima bahawa mekanisma gegancu pengun merupakan brek belakang yang sesuai,[33] tetapi pencegahan berprofil tinggi yang khusus mensasarkan fixie dilakukan di Berlin, sebagai cubaan bagi mengawal apa yang digambarkan oleh polis sebagai "trend merbahaya"[34][35]

Australia — Di semua negeri, basikal dianggap kenderaan di bawah Peraturan jalan. Menurut perundangan, basikal perlu memiliki sekurang-kurangnya satu brek berfungsi.[36]

New Zealand — Menurut perundangan, basikal perlu memiliki sekurang-kurangnya "...brek belakang yang baik..."—dan yang diperbuat sejak 1 Januari 1988 perlu juga memiliki "...brek hadapan yang baik..."[37]

Perancis — Untuk diluluskan bagi trafik jalan, basikal perlu memiliki dua brek, 2 lampu, banyak pemantul, dan loceng. Bagaimanapun undang-undang ini jarang dilaksanakan, dan pandangan pelbagai basikal yang tidak diluluskan secara rasmi adalah perkara biasa.[38]

Denmark — Semua basikal perlu memiliki sistem brek yang berfungsi pada kedua roda, termasuk pemantul dan loceng.[petikan diperlukan]

Sepanyol — Semua basikal perlu memiliki sistem brek yang mencukupi pada roda belakang dan hadapan, termasuk loceng.[39]

Rujukan

WikiPedia: Basikal gegancu pengun http://www.rta.nsw.gov.au/hubpages/hub_bicycle.htm... http://www.bikesense.bc.ca/appendices.htm#law http://cyclesmith.ca/page.cfm?PageID=285 http://commutebybike.com/2005/05/31/what-is-a-fixe... http://www.cycling-mgi.com/articles/bike-maintenan... http://autobus.cyclingnews.com/features.php?id=fea... http://autobus.cyclingnews.com/tech.php?id=tech/20... http://www.edinburghbicycle.com/comms/srv.a4d?f_pg... http://www.fixedgearrepublic.com http://sports.espn.go.com/espn/thelife/news/story?...